Lembu-lembu itu diagihkan kepada masjid serta surau komuniti berhampiran jajaran lebuhraya Plus, termasuk di LPT2.
Menurut Pengarah Urusan Plus, Datuk Azman Ismail, secara berterusan sentiasa aktif menyokong program anjuran masyarakat setempat, terutamanya dari kumpulan B40.
Dalam masa 10 tahun ini, Plus telah menyumbangkan RM1 juta untuk menjayakan aktiviti-aktiviti korban anjuran komuniti-komuniti di sepanjang lebuhraya di bawah seliaannya.