Kit badan yang diperbuat daripada gentian karbon sepenuhnya itu terdiri daripada lip bawah, winglet sisi, bumper dan hud hadapan.
Selain daripada itu, di bahagian sisi Fusion telah mendatangkan skirt sisi, serta mereka semula bukaan kemasukan udara.
Modifikasi diakhiri dengan pemasangan sayap belakang gentian karbon, spoiler lid ekor itik, serta diffuser yang lebih agresif dan bertindak sebagai sebahagian daripada bumper belakang.
Para pelanggan boleh mendapatkan kit badan Huracan ini dengan kemasan akhir berkilat (gloss) atau matte.
Dan bila mana kit badan tersebut diperbuat daripada gentian karbon, harga jualannya bukanlah semurah kit badan untuk sedan sempena ulang tahun sesebuah syarikat.