Majlis pelancaran tersebut diadakan di ibu pejabat MARii dan dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani Sahari; Pengerusi Eksekutif CIRROSNET, Dato' Roslan Ramli; serta Pengarah Urusan Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) UiTM, Professor Dr. Mohd Azman Zainul Abidin.
UNiLINK dilancarkan bertujuan untuk menjadi pusat digital sehenti bagi para pelajar universiti, pencari pekerjaan, dan pelajar sarjana untuk mendapatkan penempatan di dalam program magang untuk pelbagai sektor termasuklah mobiliti, Augmented Reality & Virtual Reality (AR/VR) dan robotik.
Selain daripada itu, menurut Dato' Madani, UNiLINK juga berfungsi sebagai platform yang membolehkan pentadbiran, pemantauan dan penerbitan keperluan industri yang boleh dilakukan secara kolaboratif oleh ahli akademik dan pemain industri.
Algoritma UNiLINK yang digunakan direka untuk menambah baik peluang latihan industri berdasarkan minat, kelayakan dan pengalaman pekerjaan masa lalu menggunakan Big Data Analytics (BDA), Kepintaran Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin.