Semenjak pelancarannya pada tahun 2017, Honda CR-V generasi kelima mencatatkan penjualan melebihi 36,000 unit, dengan penguasaan 19 peratus di dalam segmen SUV bukan nasional.
Antara perubahan yang dibawakan pada SUV CR-V ini adalah gril hadapan berwarna hitam dikombinasikan dengan lampu LED signatur Honda, bumper hadapan baharu dengan elemen sayap krom, serta kemasan krom hitam dan lampu belakang dengan efek asap serba baharu.
Menambahkan seri SUV CR-V ini adalah set rim dua tona bersaiz 18 inci dengan rekaan baharu, serta ciri moden Handsfree Power Tailgate yang boleh diaktifkan dengan pergerakan kaki di bawah bumper.
Honda CR-V dikuasakan oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbocharged yang menghasilkan 193 PS dan 243 Nm, sementara varian pacuan semua roda pula mengekalkan prestasi dinamik 4WD dengan Intelligent Control System yang menghantar daya kilas tanpa sela masa bagi memastikan kawalan cengkaman yang lebih baik.
Honda CR-V turut tersedia dengan ciri Honda SENSING terdiri daripada lapan komponen iaitu:
- Adaptive Cruise Control
- Low-Speed Follow
- Forward Collision Warning
- Collision Mitigation Braking System
- Lane Departure Warning
- Road Departure Mitigation
- Lane Keeping Assist System
- Auto High Beam
Selain daripada itu, ciri Honda LaneWatch kini merupakan ciri keselamatan standard yang direka untuk meningkatkan kadar tumpuan pemandu terhadap titik buta, menampilkan kamera yang dipasang pada cermin sisi sebelah kiri bagi memaparkan imej ketika sedang menukar laluan atau membelok.