Ketua Polis Pulau Pinang, Comm. Datuk Sahabudin Abd Manan berkata kepada media bahawa walaupun stesen minyak adalah tempat awam, jika individu itu berseorangan dan stesen itu tidak padat, tiada keperluan untuk memakai pelitup muka.
"SOP yang diterangkan oleh Majlis Keselamatan Negara sudah menerangkan bahawa pemakaian pelitup muka wajib di kawasan padat tetapi tidak perlu jika penjarakan fizikal boleh dilakukan," katanya.
Pemakaian pelitup muka di kawasan sesak diwajibkan bermula 1 Ogos lalu dalam usaha untuk membendung pandemik Covid-19.