Menurut Ketua Polis daerah Muallim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman, sebuah kereta patrol (MPV) polis datang ke lokasi selepas menerima aduan mengenai sekumpulan lelaki yang mabuk dan berdiri di tepi kereta mereka sambil memainkan muzik yang kuat pada jam 3.30 pagi.
Enggan berlalu pergi, lelaki-lelaki yang berusia dari 25 ke 41 tahun itu tidak puas hati dan dua antara mereka menolak polis secara fizikal dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Salah seorang dari mereka yang merakam video kejadian itu dengan yakin sekali mencabar polis untuk menahan mereka.
Usaha empat lelaki itu berjaya dan mereka kini ditahan reman selama tiga hari bermula dari semalam sehingga Ahad.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 186 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh menerima hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Jangan sekali-kali menghina atau mencabar anggota polis. Berapa ramai antara kita sanggup mati untuk mempertahankan negara?