Mercedes panggil kembali GLE, GLS 2020 - logo bintang berlampu boleh matikan sistem stereng berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu contoh kes recall yang aneh, di mana sistem pendawaian yang salah mampu mematikan sistem yang lebih penting.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Mercedes-Benz memanggil semula kira-kira 12,799 unit SUV GLE dan GLS yang dilengkapi dengan bintang beriluminasi pada gril hadapan.

Ini kerana model yang dilengkapi ciri berharga $500 tersebut dikatakan mempunyai masalah pendawaian yang mampu mematikan sistem stereng berkuasa SUV tersebut.

Menurut Mercedes, sistem pembumian yang tidak sempurna pada logo bintang beriluminasi tersebut bukan sahaja menyebabkan lampu logo tidak menyala, malah ia mampu mendatangkan kesan kepada sistem seperti unit kawalan stereng berkuasa, lampu utama, dan motor pengelap cermin.

Berdasarkan laporan daripada NHTSA, kempen recall ini melibatkan 9,462 unit GLE 2020 dan 3,157 unit GLS 2020 yang dibina di Tuscalossa, Alabama antara 8 Disember 2018 sehingga 6 Februari 2020.

Mujur setakat ini tiada sebarang insiden yang melibatkan kecederaan dilaporkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…
Berita Global
Isu yang sama pernah berlaku menyebabkan panggilan semula pada 2022 untuk model Ridgelines tahun…
Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…