Ini adalah berdasarkan informasi terbaharu daripada Toyota Motor Corporation (TMC) melibatkan 9,500 unit kereta baharu Toyota (Alphard, Vellfire, Camry, Corolla, Fortuner, Innova, C-HR dan Harrier) dan 850 kereta Lexus (ES250, GS200t, GS350, IS200t, LC500, LS500, LX570, NX300, RX300 dan RX350) yang dihasilkan bermula Julai 2017 sehingga Julai 2019.
Menurut Toyota lagi, kenderaan yang terjejas dengan komponen bermasalah tersebut berkemungkinan besar akan berhenti beroperasi, seterusnya lampu amaran akan menyala dan memaparkan mesej amaran pada panel instrumen.
UMWT akan menghubungi kesemua pemilik kenderaan yang terjejas bagi menggantikan unit pam bahan api tanpa sebarang caj.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Toyota Service Centre atau Toyota Freephone di talian 1800-8-TOYOTA (869682).