Jentera Hilux yang digunakan ini menampilkan enjin bentangan V8 aspirasi natural bersesaran 5.0 liter, sistem suspensi bebas sepenuhnya, dan sistem pacuan semua roda.
Namun untuk versi 2021, Hilux V8 ini diberikan penampilan yang lebih kurang serupa dengan Hilux facelift yang diperkenalkan baru-baru ini, serta penambahbaikan diberikan terhadap sistem suspensi dan enjin untuk menjadikannya lebih kompetitif dan lebih baik.
Hilux pasukan Toyota Gazoo Racing akan dipandu oleh pemenang perlumbaan 2019, Nasser Al-Attiyah dan Mathiu Baumel yang berjaya menamatkan perlumbaan 2020 di tempat kedua.
Kru seterusnya terdiri daripada Giniel de Villiers dan Alex Haro yang berharap dapat mengulangi kejayaan yang dikecapi di Rally of Morocco.
Kru ketiga disertai oleh Henk Lategan dan Brett Cummings dari Afrika Selatan. Walaupun ini merupakan kali pertama Lategan menyertai Rali Dakar, beliau baru-baru ini memenangi South African Cross-Country Series untuk kali kedua berturut-turut, manakala Cummings pula sebelum ini menyertai Rali Dakar di dalam kategori motosikal.
Kru keempat pula terdiri dariapda Shameer Variawa yang pernah menjuarai perlumbaan tempatan di Afrika Selatan dan dibantu oleh Dennis Murphy.