Penunggang motosikal warga emas maut langgar jalan berlubang

oleh SALINA JALIL|
Lelaki warga emas maut selepas terjatuh akibat melanggar jalan berlubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini, hari ini.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima laporan pada 7.30 pagi.

 

"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri.

 

"Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…
Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…