Gambar intip: SUV misteri dikesan di Bangi

oleh Mohamad Hanif|
Rakan pembaca kami Zhafri Zaimi telah menghantar sekeping gambar yang menampakkan kelibat dua buah model SUV yang penuh dengan pelekat samaran sedang diuji di Bandar Baru Bangi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini juga merupakan kali pertama Careta melihat kelibat model ujian SUV ini melata atas jalan raya, dan merujuk kepada hantaran oleh rakan media Funtasticko tempoh hari, terdapat kemungkinan besar SUV ini merupakan sebuah model baharu dari GAC Motor, China.

Kewujudan model ini juga dilihat selari dengan laporan daripada Wapcar hujung tahun lalu yang menyebut Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan GAC Motor bagi meneroka peluang untuk mengedarkan kenderaan berjenama GAC di Malaysia dan Vietnam.

 


Jadi, kehadiran model berceloreng ini bertujuan untuk melihat kesesuaiannya dengan jalan raya Malaysia sebelum ia dipasarkan secara rasmi sama ada tahun ini atau tahun hadapan.

Laman web Funtasticko membuat andaian bahawa model SUV ini merupakan sebuah GS3 2021 yang telah pun dipasarkan di Filipina, dan hadir dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5L DCVVT (113 hp/150 Nm) dan 1.3L turbo (136 hp/202 Nm).

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik enam kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.

Harga jualan GS3 2021 di Filipina bermula dari P888,000 (RM74,816).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…