Peugeot Landtrek 2021 mendarat di Timur Tengah, Afrika

oleh Mohamad Hanif|
Pertama kali diperlihatkan pada tahun lalu, Peugeot akhirnya bersedia untuk memberikan saingan dalam segmen trak pikap satu tan di Timur Tengah dan Afrika menerusi model trak pikap Landtrek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peugeot Landtrek dibangunkan menggunakan asas daripada trak pikap Changan Kaicene F70 dan didatangkan dalam dua pilihan enjin, iaitu enjin diesel Isuzu 1.9 liter turbo yang menghasilkan 150 PS/350 Nm, atau enjin petrol Mitsubishi 2.4 liter turbo yang menjana 207 hp dan 320 Nm.

 


Kedua-dua unit trenkuasa itu boleh dipadankan dengan transmisi manual Getrag enam nisbah kelajuan atau transmisi automatik Punch enam kelajuan yang hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Eco.

Bergantung kepada versi yang ditawarkan (kabin tunggal, kabin berkembar atau chassis cab), Peugeot Landtrek memiliki jarak kelegaan tanah sehingga 235 mm, sudut approach dan departure masing-masing 30 darjah dan 27 darjah, serta keupayaan meredah air setinggi 600 mm.

 


Versi asas didatangkan dengan konfigurasi pacuan roda belakang, manakala varian yang tertinggi pula hadir dengan sistem pacuan empat roda serta pemilihan mod 4L dan 4H.

Kapasiti muatan maksimum adalah sekitar 1 tan, manakala keupayaan menunda pula adalah sehingga 3.5 tan.

 


Dari segi penawaran, Peugeot Landtrek mendapat rekaan papan pemuka yang diinspirasikan daripada model Peugeot lain, disumbangkan oleh skrin sentuh bersaiz 10 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooh serta ruang storan 10GB.

Aspek keselamatan pula terdiri daripada empat unit kamera keliling, kawalan menurun cerun, amaran keluar laluan, serta ciri Trailer Swing Control.

 


Peugeot Landtrek juga kini didatangkan dengan jadual penyelenggaraan setiap 10,000 km dan setiap pembelian dilindungi oleh jaminan pengeluar selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…