Nampaknya Yamaha sudah pun memfailkan paten untuk E01 dan EC-05 khusus untuk digunakan bagi produk-produk elektrifikasi mereka.
Nama-nama yang tidak ada kena mengena dengan enjin Petronas dahulu atau projek rel ECRL tersebut dibenarkan penggunaannya oleh Yamaha bermula 17 Mei 2021.
Selain dari hakcipta nama, Yamaha turut mempatenkan rekabentuk skuter-skuter tersebut.
Skuter E01 (gambar di atas) dikatakan akan mempunyai kuasa seperti sebuah skuter dengan enjin petrol 125cc dan seperti EV lain, ia tidak perlu sebarang servis dan boleh dicaj di rumah.
EC-05 (gambar utama) pula ialah skuter elektrik Yamaha dengan ciri-ciri bateri jenis katridj yang boleh ditukar - konsep yang popular di Taiwan dan dibangunkan oleh Gogoro.
Konsep itu bermakna bateri yang sudah habis boleh ditukar kepada bateri yang penuh caj - bermakna kita tidak perlu menunggu lama. Yamaha berharapan agar konsep ini boleh dilakukan di Eropah juga.
Untuk rakyat Malaysia yang berminat dengan EV atau mahu menggunakan skuter elektrik, kita mempunyai produk negara sendiri, iaitu Eclimo dari Pulau Pinang.
Anda boleh menyewa skuter Eclimo untuk jangka masa pendek atau panjang dan seperti apa yang Careta pernah uji dahulu, ia sesuai untuk perjalanan dekat.
Selama enam bulan menggunakannya, Careta tidak pernah perlu servis skuter Eclimo itu atau menjejakan kaki ke stesen minyak langsung.
Ia senyap, kecuali warna merah jambu pada Eclimo yang kami pandu uji itu. Jangan risau, warna-warna normal wujud juga.
Hubungi Eclimo di https://www.eclimo.com/electric-motorcycle
Tonton video Eclimo kami di sini.
https://youtu.be/yN9_OGkp3Lw