Kejatuhan saham Tesla ini sekaligus memadamkan kira-kira $15.2 bilion daripada nilai bersih Elon Musk, menjadikan penurunan terbesar terhadap nilai Tesla semenjak September.
Penurunan tersebut didorong sebahagiannya oleh ciapan Musk berhubung harga kriptowang Bitcoin 'yang masih lagi tinggi', dan ciapan tersebut dibuat dua minggu selepas Tesla mengumumkan penambahan nilai sebanyak $1.5 billion Bitcoin.
Disebabkan itu, Musk kini jatuh ke tangga kedua di dalam senarai Bloomberg Billionaires Index dengan nilai bersih $183.4 bilion berbanding nilai terdahulu $210 bilion pada Januari.
Ini menjadikan pengasas Amazon.com Jeff Bezos kembali menduduki tempat pertama selaku individu paling kaya di dunia.
Berdasarkan laporan semasa, nilai Bitcoin mencatatkan penurunan nilai yang agak ketara, di mana 1 Bitcoin bersamaan dengan $49,822.90 (RM202 ribu).
That said, BTC & ETH do seem high lol
— Elon Musk (@elonmusk) February 20, 2021