Tidak pun lama selepas pelancaran generasi baharu crossover subkompak Honda HR-V, beberapa gambar intipan yang dipercayai sebagai Honda CR-V generasi baharu telahpun muncul menerusi laman web Carscoops.
Dari segi penampilan, difahamkan Honda CR-V bakal menerima penambahan dimensi seperti yang diperlihatkan menerusi jarak antara roda yang lebih panjang, profil sisi, serta kehadiran hud enjin yang lebih panjang.
Rupa hadapan CR-V yang menampilkan rekaan ikonik grill Honda Wing itu juga kini ditiadakan dan digantikan dengan rekaan gril yang lebih besar - sama seperti penampilan Honda HR-V baru-baru ini.
Rekaan lampu hadapan yang masih sarat dengan pelekat samaran itu menampilkan lampu nyalaan siang, sementara unit lampu belakang pula diposisikan secara melintang dengan grafik serba baharu.
Melihatkan kepada trend nadi hibrid yang sedang meningkat di Eropah, Honda CR-V juga dikatakan bakal menawarkan varian tunggal hibrid yang menampilkan trenkuasa e:HEV yang serupa didapati pada Honda City, Jazz, dan HR-V.
Sementara untuk pasaran lain mungkin masih lagi mengekalkan penggunaan enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 190 hp.
Sumber: Carscoops