Ura-ura: Toyota gabung dengan Tesla bangunkan SUV elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu perkembangan yang tidak diduga apabila sebuah akhbar Korea Selatan mendakwa Tesla dan Toyota bakal berkolaborasi untuk membangunkan platfor SUV elektrik kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Chosun Ilbo, Toyota akan menggunakan kepakaran mereka membangunkan platform kenderaan, sementara Tesla pula diberikan tanggungjawab membangunkan perisian dan kawalan elektronik untuk model SUV elektrik tersebut.

Setakat ini kedua-dua syarikat enggan memberikan komen lanjut, namun jika benar, ia dilihat bakal melahirkan sebuah produk SUV elektrik dengan harga di bawah julat $25,000 (RM106 ribu).

Toyota sebelum ini pernah mendapat $50 juta pegangan di dalam Tesla sebelum kedua-duanya bekerjasama membangunkan SUV Toyota RAV4 berkuasa elektrik.

Sehingga Julai 2016, Toyota menguasai 1.43 peratus pegangan di dalam Tesla sebelum kerjasama antara kedua-dua syarikat itu berakhir pada tahun 2017.

Toyota juga sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk menjual 40 peratus daripada kenderaannya terdiri daripada kenderaan yang dielektrifikasi menjelang tahun 2025.

Tidak seperti pesaingnya yang mahu terus memfokuskan kepada EV, Toyota masih lagi mahu menawarkan model hibrid, plug-in hybrid, kenderaan elektrik bateri dan juga kenderaan sel bahan api hidrogen.

Bayangkan sebuah produk SUV yang memiliki teknologi terkini daripada Tesla, ahap reliabiliti seperti sebuah Toyota dan harga yang lebih mampu milik.

Sumber: Chosun Ilbo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…