Untuk model tahun 2021, HLYM menawarkan tiga warna menarik dengan rekaan grafik yang sporti untuk Ego Avantiz seperti warna biru, merah dan hijau matte.
Tiada sebarang perubahan spesifikasi dibuat, ini bermakna Yamaha Ego Avantiz masih lagi kekal dengan nadi silinder tunggal 125 cc sejukan udara yang menghasilkan kuasa maksimum 9.4 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 9.6 Nm @ 5,500 rpm, sistem suntikan bahan api dan transmisi tali sawat-V automatik.
Sistem suspensi juga kekal dengan teleskopik pada bahagian hadapan, lengan ayun dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, sementara brek pula terdiri daripada cakera tunggal hidraulik di hadapan dan brek dram di bahagian belakang.
Dengan rim bersaiz 14 inci (tayar 70/90 depan, 90/80 belakang), Ego Avantiz menawarkan jarak kelegaan tanah 135 mm dan ketinggian tempat duduk 773 mm.
Harga jualan juga tidak berubah, masih kekal pada RM4.873.31 atas jalan tanpa insurans, dan yuran pendaftaran, serta termasuk pengecualian duti eksais sifar peratus sehingga 31 Disember 2021.