Sebagai makluman, Yamaha telah pun diberikan kepercayaan oleh Dorna untuk menjadi pembekal skuter untuk kegunaan ketika sukan MotoGP semenjak tahun 2005.
Sejumlah 25 unit Yamaha NMAX bersesaran 125 cc akan dibekalkan kepada Dorna Sports untuk digunakan di setiap penganjuran MotoGP, bermula di pusingan Portugal di Portimao.
Menurut Paolo Pavesio, Pengarah Pemasaran dan Sukan Permotoran Yamaha Motor Europe N.V. berkata, "Yamaha telah menjadi pembekal rasmi skuter untuk Dorna Sports, dan FIM MotoGP World Championship sejak tahun 2005, dan kami berbangga kerjasama ini berterusan untuk tahun 2021.
"Dengan ciri-ciri yang ada pada NMAX 125 seperti ketangkasan, kestabilan, ruang storan yang besar serta DNA Yamaha, ia telah menjadi model paling laris terjual di Eropah dan Asia, dan satu produk yang terbaik bagi memenuhi keperluan di paddock MotoGP.
Yamaha NMAX 125 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal yang menghasilkan 12 kuasa kuda dan 11.2 Nm, di mana versi facelift telah pun dilancarkan di Eropah pada tahun lalu bersama-sama kembar NMAX 155 cc.
Sumber: Visordown