Model yang terlibat adalah seperti berikut:
Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan kepada pelanggan yang terjejas dan meyakinkan bahawa semua model jualan yang sedia ada tidak terjejas dalam penarikan balik produk ini.
Honda percaya bahawa penarikan semula produk ini adalah sebagai langkah pencegahan untuk mengatasi kemungkinan kesukaran untuk menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan berhenti secara tiba-tiba.
Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu melalui surat pemberitahuan yang akan merangkumi perincian penarikan balik produk.
Pelanggan juga boleh memeriksa samada kenderaan mereka terlibat dalam penarikan pam bahan api ini melalui aplikasi HondaTouch.
Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana peniaga sah Honda untuk membuat janji setelah menerima pemberitahuan untuk mengganti pam bahan api, bergantung pada ketersediaan alat ganti.
Penggantian pam bahan api yang terjejas adalah percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok penggantian akan disediakan secara berperingkat.
Sehingga hari ini, tidak ada kejadian kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini yang dilaporkan di Malaysia.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau memeriksa status kenderaan mereka pada penarikan produk dalam aplikasi HondaTouch atau dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau log masuk ke htpps://www.honda.com.my/productrecall.honda.com.my untuk memeriksa status kenderaan mereka.