"Sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta Mercedes yang terjatuh dan terbabas ke bawah laluan bertingkat (flyover) lebuh raya berkenaan.
"Selepas selesai memadam kebakaran, kita dapati empat mangsa yang tidak dikenal pasti identiti dan jantina dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kereta terbabit terbakar 100 peratus.
"Kita berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.
"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.