Model Iriz MC2 crossover yang dilihat tanpa sebarang pelekat samaran itu jelas menunjukkan beberapa ciri menarik seperti pemasangan plastik cladding pada arca roda, kemasan hitam pada bumbung, serta rim rekaan baharu.
Namun, rekaan bampar belakang dilihat masih lagi mengekalkan bentuk yang sama pada model semasa.
Selain daripada itu, sekeping gambar lagi menunjukkan reka bentuk ruang dalaman yang menampakkan skrin paparan tengah serba baharu jenis terapung, dan rekaan corong pendingin hawa tengah yang telah direka semula.
Setakat ini, tiada sebarang tarikh tetap untuk pelancaran model baru ini, mungkin juga Proton akan menghabiskan sisa-sisa stok yang masih ada sebelum memulakan kempen penjualan Iriz crossover ini.
Sumber: Funtasticko