Rekod itu berjaya mengalahkan catatan terdahulu dengan kelebihan sebanyak £1,100 (RM6,305).
Lebih menarik lagi, unit #6 itu dimiliki sendiri oleh Mitsubishi UK sejak ia mula diperkenalkan tanpa sebarang pertukaran milik sehinggalah ia dijual baru-baru ini.
Selain daripada itu, antara model daripada koleksi warisan Mitsubishi UK yang dijual adalah seperti berikut:
- Mitsubishi Evolution IX MR FQ-360 - £68,900 (RM394,896)
- Mitsubishi Evolution IX MR FQ-440 - £58,100 (RM332,996)
- Mitsubishi Evolution IX Group N Works Rally Car - £61,700 (RM353,629)
- Mitsubishi Starion - £21,100 (RM120,933)
- Mitsubishi 3000GT - £24,500 (RM140,240)
- Mitsubishi L200 Desert Warrior - £30,100 (RM172,531)
Selain daripada barisan jentera moden, Mitsubishi UK juga turut menjual koleksi kereta klasik seperti Mitsubishi Colt Lancer 1.4, Mitsubishi Galant GLSi, Mitsubishi Colt Galat 2000 GLII, dan mode skala 7:10 Mitsubishi Model A 1917 yang dijual pada harga £13,700 (RM78,527).