Majlis tersebut menyaksikan penyerahan lima unit trak prime movers HINO 700 Series SH1EERA dengan transmisi Automated-Manual Transmission (AMT) bertempat di ibu pejabat Hino Malaysia di Petaling Jaya.
Vertex Mission ditubuhkan pada tahun 2005, dan berpengalaman lebih daripada 15 tahun di dalam pembekal logistik dan solusi pengurusan rantai bekalan.
Menurut Pengarah Urusan Hino Malaysia, Atsushi Uchiyama berkata, "HINO Prime Mover 700 Series merupakan antara model yang popular di Malaysia Timur khususnya untuk projek lebuhraya, dan dengan pengenalan model Prime Mover versi AMT kami yakin ia mampu memenuhi keperluan pelanggan kami.
Pengarah Urusan Vertex Mission, Soo Chee Yeong menjelaskan, "Hino Motors telah pun lama diketahui sebagai sebuah jenama Jepun di bawah naungan Toyota Group dan telah berada di pasaran Malaysia hampir setengah abad.
"Ini secara tidak langsung mencerminkan kepercayaan dan keyakinan daripada pelanggan Malaysia serta kestabilan jenama tersebut di pasaran Malaysia.
Vertex Mission juga kini sedang dalam perancangan untuk menambah lebih banyak trak HINO ke dalam fleet dengan jangkaan penerimaan menjelang suku ketiga tahun ini.
Prime Mover SH1EERA dilengkapi dengan transmisi ZF16 dengan enam belas nisbah kelajuan dan bantuan kuasa yang memudahkan penukaran gear ketika pemanduan kelajuan yang lebih tinggi.
Transmisi AMT ini juga membenarkan kos operasi yang lebih rendah menerusi penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan, serta kos penggantian klac yang lebih murah.
Selain daripada itu, trak prime mover ini jgua turut hadir dengan kelengkapan keselamatan seperti ABS, serta kolum stereng penyerap tenaga yang sangat berguna untuk menyerap impak kemalangan dan memberikan perlindungan yang lebih kepada pemandu.