Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, anggota kemudian mengarahkan pemandu lelaki berusia 44 tahun untuk memberhentikan kenderaan.
Menurutnya, suspek tiba-tiba bertindak memecut keretanya dan polis mengambil masa selama 30 minit untuk mengejar kenderaan itu.
"Bagaimanapun, suspek gagal mengawal kenderaan dan melanggar batu penghadang jalan, tetapi dia bertindak menghidupkan semula enjin dan mengundurkan kereta serta cuba merempuh seorang anggota yang berada di belakang.
"Anggota terbabit sempat mengelak sebelum berjaya menahan suspek di halaman sebuah rumah," katanya ketika dihubungi.
Mohd Nasaruddin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan dadah dan pernah dibuang daerah di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LPPK).
"Siasatan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.