Perkara tersebut didedahkan dalam satu video, di mana naib presiden Audi Henrik Wenders dan ketua unit rekaan Audi Mark Lichte bercakap berkenaan konsep yang bakal mendefinisikan semula mobiliti akan datang.
Tiga model yang dimaksudkan itu adalah Sky Sphere, Grand Sphere dan Urban Sphere.
Konsep pertama dinamakan sebagai Sky Sphere di mana ia merupakan sebuah model dua pintu dengan saiz roda yang agak besar, dimensi hud yang panjang serta garis bumbung yang rendah.
Konsep kedua pula dinamakan sebagai Grand Sphere, di mana Lichte menyifatkan model ini sebagai sedan yang mampu menawarkan pengalaman berkelas tinggi, serta penampilan yang hebat.
Akhir sekali, Urban Sphere di mana menurut Wenders, ia merupakan sebuah SUV besar yang mampu menawarkan ruang peribadi di dalam persekitaran urban.
Salah satu daripada model yang dimaksudkan itu dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024.