“Difahamkan, bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara 'auto lock', ketika kejadian kanak-kanak itu sedar dan berada dalam keadaan cemas.
“Kami menggunakan peralatan khas ‘air cushion automatic entry’ untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu. Tiada kecederaan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi.
Kepada para ibubapa di luar sana, jangan ambil mudah, kerapkali kita disajikan dengan berita-berita seperti ini, jangan sampai kita menyesal seumur hidup kerana 'bersangka baik' dengan nawaitu "Insya-Allah tak jadi kepada aku".