Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga 90-an.
Pemenang, Jon Coupland seorang pegawai polis berusia 30-an menjelaskan, Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition tahun 1989 itu hanya dijual sebanyak 201 unit di UK, dan ia mungkin satu-satunya model yang masih lagi wujud di negara itu.
Tambah beliau lagi yang merupakan pemilik ketiga, pemilik asal Saga itu membiarkannya tersadai di dalam garaj sejak tahun 1993 sehingga 2017 disebabkan terlalu uzur untuk memandu, dengan jarak perbatuan hanyalah sekitar 5,794 km sahaja.
Pemilik kedua kemudian membeli dan memandu Saga tersebut sejauh hampir 16,000 km sebelum ia dijual kepada Jon.
Jon Coupland membawa pulang trofi Hagerty yang berbentuk seakan cangkir teh, sementara tempat kedua pula dirangkul oleh Danny Wilson yang memiliki sebuah Peugeot 106 XN Graduate 1991.
Sumber: Hagerty