Tesla berjaya peroleh paten pancaran laser sebagai ganti pengelap cermin

oleh Mohamad Hanif|
Tesla sebelum ini telah menghantar permohonan pendaftaran paten bagi penggunaan sinaran laser bagi menggantikan air untuk membersihkan kekotoran dari cermin hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terkini daripada Elektrek, syarikat EV Amerika Syarikat itu dikatakan telah berjaya memperoleh paten tersebut daripada US Patent and Trademark Office.

Berdasarkan keterangan, teknologi laser itu bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan kekotoron daripada cermin hadapan, malah ia juga boleh digunakan pada panel solar.
 

Tesla


Pancaran laser tersebut diposisikan sama seperti punca pancutan air dari hud enjin, di mana ia akan dihalakan ke arah cermin hadapan sama seperti fungsi sistem terdahulu.

Namun, disebabkan ia kini menggunakan sinaran laser, sistem pembersihan cermin ini terdiri daripada unit kamera pengesan kekotoran, serta unit kawalan bagi mengehadkan cahaya laser daripada menembusi kaca cermin hadapan, sekaligus mengelakkannya daripada merosakkan komponen yang terdapat pada ruang disebalik kaca itu.

Nampak lebih kompleks bukan?

Adakah ini cara Tesla untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penggunaan pengelap cermin konvensional?

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…