Jenama popular ini dihidupkan kembali oleh MOKE International pada tahun 2017 dan perkembangan terbaru ini menyambung lagi legasi sejak sekian lama.
Apa yang hebat tentang MOKE elektrik?
Pertama sekali kemampuan memecut dari 0 hingga 55 km/j memerlukan 4.5 saat dan kelajuan maksimum ialah 100 km/j.
Kuasa pula 33Kw atau bersamaan 44 hp dan berat MOKE ini hanya 800 kg.
Jarak pemanduan ialah 144 km manakala tempoh pengecasan memerlukan empat jam (Type 2 EU).
Dari segi dimensi, MOKE elektrik berukuran 3225mm panjang, lebar 1660mm dan tinggi 1546mm dengan jarak kelegaan bumi 18 cm.
Sebagai perbandingan, MOKE keluaran tahun 2020 menggunakan enjin 1083cc empat silinder dengan pilihan transmisi manual atau empat kelajuan automatik.
Kelajuan maksimum ialah 109 km/j dengan enjin berkuasa 67 hp pada 6,000 rpm dan tork 93 Nm dari 3,500 rpm hingga 6,000 rpm.
Buatan United Kingdom!
Satu lagi aspek penting ialah MOKE dibuat di United Kingdom dan baru kena sebagai jenama sejati British.
Memandangkan MOKE dibuat di UK jadinya syarikat layak untuk menerima bantuan dari kerajaan di bawah geran Niche Vehicle Network.
MOKE elektrik ini direka dari asas dan menggunakan panel aluminium yang mengurangkan berat kereta secara signifikan seterusnya membantu dalam pengendalian yang lincah.
Pemandu juga boleh merasai daya kilas serta merta dari motor elektrik dan turut dilengkapi stereng berkuasa, brek regeneratif dan cermin depan dengan pemanasan.
MOKE elektrik menggunakan sistem brek yang dipertingkatkan untuk keselamatan pemandu dan orang sekeliling.
MOKE elektrik sudah boleh dipesan sekarang di UK dengan harga permulaan £29,150 (RM166,597) dan penghantaran bermula pada musim panas 2022 (bulan Jun ke atas).
Penulis: Muhammad Md Tajudin