EV baharu Toyota berkelajuan 25 km/j sahaja, untuk kegunaan lapangan terbang

oleh Mohamad Hanif|
Fasa peralihan kepada kenderaan elektrik membuatkan Toyota perlu hadir dengan produk EV yang tersendiri, iaitu Toyota bZ4X yang akan mula dijual menjelang pertengahan tahun hadapan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sementara itu, di dalam industri penerbangan, Toyota menerusi cabang Toyota Industries Corporation kini menawarkan sebuah EV berkelajuan rendah berbentuk sebuah traktor tunda 3TE25.
 

3TE25


Menurut Toyota Industries Corporation, traktor elektrik ini mampu untuk menghasilkan kuasa kuda, kelajuan pemanduan dan keupayaan mendaki yang sama seperti model berkuasa petrol, malah radius putaran juga adalah hampir sama.

Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 25 km/j sahaja, sementara kuasa pula diperoleh daripada bateri berkapasiti tinggi 600 Ah. Jarak operasi tidak dinyatakan namun sudah pasti ia bergantung kepada jumlah berat beban yang ditunda.
 

3TE25


Kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah lampu LED depan dan belakang, skrin paparan pelbagai info, tali pinggang keselamatan, dan juga slot pengecasan yang mudah diakses.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Berita Domestik
Majoriti lokasi ini menawarkan berbilang pusat pengecasan AC, menjadikannya sesuai untuk mengecas…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…