Dua jalan di Kuala Selangor ditutup sempena Thaipusam

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Dua jalan di sekitar daerah ini akan ditutup selama dua hari sempena perarakan sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar Alayam Swamy, Batu 2 di sini, bermula Isnin ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penutupan itu melibatkan Jalan Bukit Rotan dan Jalan Klang-Teluk Intan menghala ke Tanjong Keramat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, bagaimanapun polis menyediakan jalan alternatif bagi mengawal lalu lintas perarakan pedati di sekitar lokasi terlibat.

 

“Laluan dari arah Teluk Intan ke Klang ditutup di Kilometer 45.5 dan dilencongkan di lampu isyarat Teluk Piah. 

 

“Manakala, laluan dari arah Klang ke Teluk Intan pula hanya dibuka satu arah iaitu bagi kenderaan dari Klang ke Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

 Jelas Ramli, pihaknya turut menyediakan papan tanda dan petugas trafik bagi melancarkan aliran trafik serta kesesakan. 

 

Tambah beliau, semua pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkenaan. 

 

“Tindakan saman dan tunda akan diambil terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas,” katanya. 

 

 

 

- UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…