EV pertama Lamborghini muncul 2028, crossover serba baharu, tempat duduk 2+2

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 merupakan tahun terakhir buat anda untuk mendapatkan supercar berenjin pembakaran dalaman tulen tanpa bantuan motor elektrik.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Selepas itu, Lamborghini akan menumpukan perhatian dalam menawarkan barisan model-model hibrid dan plug-in hybrid berkuasa tinggi.

Dalam temubual bersama Autocar, CEO Lamborghini Stephen Winkelmann mendedahkan butiran lanjut berhubung penawaran EV pertama jenama itu.

Menurut Winkelmann, kereta elektrik tersebut besar kemungkinan akan diposisikan di dalam segmen yang diabaikan oleh Lamborghini sejak berdekad, iaitu 2+2 dan digandingkan dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Kali terakhir Lamborghini menawarkan model konfigurasi tempat duduk 2+2 adalah pada tahun 1979 menerusi model Urraco.

Ini bermakna, EV pertama Lamborghini adalah model baru sepenuhnya dan bukan Urus dengan trenkuasa elektrik, walaupun Urus diberitakan akan hadir dalam versi elektrik sepenuhnya menerusi generasi kedua yang akan menyusul kelak.

EV pertama Lamborghini itu dijangka akan hadir menjelang tahun 2027 atau 2028.

Sumber: Autocar

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Berita Domestik
Majoriti lokasi ini menawarkan berbilang pusat pengecasan AC, menjadikannya sesuai untuk mengecas…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…