Kali ini, mereka dilapor cuba untuk menggunakan fasiliti pengecasan EV yang terletak di Shell Recharge, Tangkak.
Menurut gambar yang dikongsikan oleh Instagram Pakcik Shell, sebuah van elektrik BYD T3 bernombor pendaftaran Singapura dikesan menggunakan kemudahan tersebut secara haram.
Shell Recharge merupakan jaringan pengecas pantas yang disediakan di sepanjang laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dengan dua lokasi permulaan yang terletak di Shell Tangkak Lay-by (arah Selatan) dan Shell R&R Pagoh (arah Selatan).
Untuk pengguna biasa (bukan ahli Gold atau Platinum), kadar standard yang dikenakan adalah sebanyak RM244 untuk setiap jam, atau RM20 untuk setiap lima minit untuk 25 minit pertama, RM20 untuk setiap lima minit berikutnya dan juga yuean pengesahan RM4.
Sumber: Instagram Pakcik Shell