Tesla: Tak jadi buang pekerja, tapi kenaikan gaji disekat

oleh HEZERI SAMSURI|
Elon Musk, CEO Tesla kini berkata jumlah pekerja akan bertambah dalam masa 12 bulan akan datang, tetapi kenaikan gaji akan "mendatar".

Itulah jawapan Musk dalam Twitter bila ditanya tentang andaian pekerja Tesla akan meningkat dalam masa setahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berbeza dengan kenyataan dari emel beliau kepada eksekutif-eksekutif Tesla Khamis lalu di mana 10 peratus pekerja terpaksa dibuang kerana keadaan ekonomi di US.

Jumaat lalu pula emel Musk kepada pekerja Tesla berkata ia akan mengurangkan jumlah pekerja bergaji sebanyak 10 peratus. Saham syarikat Tesla turun 9.2 peratus pada hari yang sama kerana berita itu.

Menurut laporan rasmi Tesla US sebelum ini, syarikat itu dan kesemua anak syarikatnya mempunyai hampir 100,000 orang pekerja pada penghujung tahun 2021.

Sebelum itu, Musk pernah menghantar emel kepada semua pekerja bahawa semua perlu hadir ke pejabat dengan masa bekerja minimum 40 jam seminggu. Sekiranya gagal, tindakan itu akan dianggap sebagai berhenti kerja.

* Laporan penuh di Reuters.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…