Presiden dan Ketua Pegawai Operasi serta Ketua Wilayah Asia Tenggara II, Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, pelancaran Hap Seng Star Setia Alam Autohaus adalah bukti komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan Malaysia dari awal pembelian hinggalah kepada perkhidmatan selepas pembelian.
COO Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad, Harald Behrend pula menyifatkan: “Setia Alam adalah kawasan perbandarang yang pesat berkembang, dan kami ingin berada di mana pelanggan kami berada. Dengan cawangan dilokasi baru ini, kami ingin pelanggan untuk mengalami sendiri nilai kemewahan melalui penampilan kami yang terbaharu ini.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk Perkhidmatan Ekspres 2.0, pengambilan dan penghantaran, tempahan servis drop-and-go, penjajaran dan pengimbangan roda, diagnosis dan pembaikan elektrik, salutan cat, tinted dan juga khidmat pengurusan tuntutan insurans dan waranti.
Hap Seng Star juga menambah kapasiti perkhidmatan untuk pelanggan di premis ini, ruang kerja bersaiz 29,549 kaki persegi ini dapat memenuhi kapasiti servis yang dimaksimumkan untuk menampung 1,500 kereta sebulan.
Servis berjadual dan baik pulih major pula akan dilakukan oleh juruteknik terlatih dengan peralatan yang diiktiraf oleh Mercedes-Benz.
Selain itu, terdapat bilik pameran berkeluasan lebih 11,526 kaki persegi yang boleh menempatkan 16 buah kereta pameran. Ruang pameran ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik dandanan wanita.
Secara keseluruhannya, Hap Seng Group memiliki sebanyak 10 lokasi Autohaus yang terletak di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Bukit Tinggi, Setia Alam, Melaka, dan Iskandar Johor di Semenanjung Malaysia.
Hap Seng Group juga mengendalikan pusat kereta terpakai Mercedes-Benz yang diiktiraf di Kinrara dan juga pusat body & paint di Shah Alam. Bagi wilayah Malaysia Timur, cawangan Autohaus adalah di Kuching dan Kota Kinabalu.