Jualan EV oleh Hyundai dan Kia dari Januari hingga Mei telah mencapai 21,467 unit, jauh lebih tinggi dari Ford Mustang Mach-E pada 15,718 unit.
Laporan dari Bloomberg juga menunjukan kejayaan Hyundai yang mampu dilakukan dalam masa beberapa bulan, berbanding dengan Tesla yang masih berada di tangga pertama tetapi mengambil masa bertahun-tahuh untuk mencapai status tersebut.
Kia menggunakan rekabentuk yang lebih segar dan terkini untuk mencuri minat pembeli sementara Hyundai pula sudah mula merancang pasaran EV di US sejak enam tahun lalu lagi.
Perkongsian platform oleh Hyundai dan Kia pula menjanjikan kos pengeluaran yang lebih rendah dan kebolehan untuk mengadaptasikan produk mereka dengan pasaran semasa secara lebih pantas.
Paling penting, Hyundai dan Kia sudah mempunyai jaringan jualan yang lebih meluas, baik di US mahupun secara global.
Tesla sehingga kini masih menutup pintu di kebanyakan negara, termasuk Malaysia.
Jika dahulu ramai yang kecewa kerana tidak ada Tesla yang dijual secara rasmi di Malaysia, kini mereka mempunyai pilihan lain yang sama baik atau lebih baik dari jenama Elon Musk itu, lengkap dengan waranti dan khidmat selepas jualan yang baik.
Mungkin Tesla akan menjadi seperti beg tangan Bonia - pilihan orang tua sahaja.