Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT, pembuat cip Kioxia Holdings, NEC dan Softbank di mana masing-masing akan mencurahkan lebih kurang JPY1 billion (RM32 juta)
Projek tersebut bakal diketuai oleh bekas presiden Tokyo Electron, Tetsuro Higashi bersama sokongan kerajaan Jepun melalui pemberian subsidi JPY70 billion (RM229 juta).
Semikonduktor baharu ini diberikan nama Rapidus yang bermaksud "cepat" dalam bahasa Latin, ianya dijangka untuk dikeluarkan sekitar tahun 2029.
Semikonduktor baharu itu turut dikenali sebagai "beyond 2-nanometer technology" dengan lebar litar yang lebih kecil dan berprestasi pada standard tinggi.
Selain itu, dalam masa yang sama Jepun dan US telah bersetuju untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan semikonduktor generasi baharu tersebut.
Projek itu bakal memberikan peluang pekerjaan kepada jurutera di luar sana yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang teknologi baharu tersebut.
Sumber: Nikkei Asia