Toyota Hilux Revo BEV Concept debut di Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini bertempat di Thailand, Toyota telah mengadakan acara bagi menyambut ulang tahun ke-60 pengoperasian mereka di pasaran Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam acara tersebut, Presiden Toyota, Akio Toyoda telah dedahkan sebuah Hilux Revo BEV Concept yang menjadi petanda kehadiran trak popular tersebut sebagai sebuah EV.

Namun spesifikasi penuh Hilux Revo BEV Concept itu tidak didedahkan, Hilux kini telah memiliki 8 generasi, dan yang terkini ditawarkan 2 pilihan enjin 4 dan 6 silinder bergantung pada pasaran
 

REVU


Toyota Hilux sememangnya tidak perlu diperkenalkan untuk rakyat Malaysia, ia merupakan sebuah trak pikap popular di seluruh dunia dengan rekod jualan tertinggi terutamanya di pasaran Thailand.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata, "BEV bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat dunia dengan neutraliti karbon".

Sebelum ini, Toyota juga dilihat sedang membangunkan Hilux yang dikuasakan dengan bahan api hidrogen, terbukti bahawa Toyota sememangnya dalam usaha ke arah dunia sifar karbon tanpa mengharapkan pembangunan EV semata-mata.

Sumber: Toyota Thailand

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak terhad kepada kereta-kereta moden, KINTO turut mempunyai program khas Vintage Club by KINTO…
Berita Global
Inoue telah dipilih bagi menggantikan peranan yang akan ditinggalkan oleh Soichiro Okudaira berkuat…
Berita Domestik
Selain daripada itu, mereka juga komited terhadap pengurusan yang telus dan penuh bertanggungjawab…