Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma sepanjang tempoh ujian perintis yang terletak di R&R Ayer Keroh Arah Utara dan R&R Paka Arah Utara bermula 20 Januari 2023.
Untuk menikmati TNBElectron secara percuma, pemilik EV hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih GO-TO-U melalui Google Play Store atau Apple App Store, pengecas itu juga beroperasi 24 jam.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang TNBX.