Jetour Traveller 2023 - SUV offroad China, inspirasi rekaan Defender, Bronco

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif China, Chery memperlihatkan imej rasmi pertama SUV off-road yang bakal dijual dibawah jenama Jetour, iaitu Jetour Traveller.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekali imbas, reka bentuk berkotak Jetour Traveller ini banyak membawakan inspirasi rekaan daripada model-model popular seperti Land Rover Defender serta Ford Bronco.

Dan usah terkejut, apabila kami katakan rekaan ini sebenarnya datang dari bekas pereka Porsche yang sebelum ini bertanggungjawab membantu menghasilkan Porsche Cayman dan 918 Spyder, iaitu Hakan Saracoglu.
 

JJetour


Bergantung kepada penawaran, pembeli boleh  mendapatkan Jetour Traveller ini dalam versi jarak roda pendek dengan lima tempat duduk, atau jarak roda panjang dengan tujuh tempat duduk.

Di pasaran China, terdapat pilihan enjin 1.5 liter, 1.6 liter, 2.0 liter serta pilihan model plug-in hybrid (PHEV) yang menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan atau DCT tujuh nisbah kelajuan.

Jetour Traveller ini juga bakal ditawarkan dengan pelbagai jenis pakej aksesori yang bersesuaian untuk aktiviti luar seperti berkhemah atau trip off-road.
 

Jetour


Chery mendakwa, Jetour Traveller akan dijual pada harga bermula dari 149,800 yuan (RM96,862) untuk varian asas, sementara varian hibrid pula bermula dari 196,800 yuan hingga 206,800 yuan (RM127,253-RM133,719).

Lebih banyak butiran terperinci bakal didedahkan pada 1 Mac ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…
Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…