Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang diparkir di laluan I-680, California.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui, namun agensi keselamatan NHTSA percaya perisian pemanduan autonomi kereta elektrik tersebut (Autopilot) telah diaktifkan sebelum kemalangan berlaku.
Insiden rempuhan itu menyebabkan pemandu Tesla tersebut maut, sementara seorang lagi penumpang mengalami kecederaan.
Slow down and move over when approaching emergency vehicles. Truck 1 was struck by a Tesla while blocking I-680 lanes from a previous accident. Driver pronounced dead on-scene; passenger was extricated & transported to hospital. Four firefighters also transported for evaluation. pic.twitter.com/YCGn8We1bK
— Con Fire PIO (@ContraCostaFire) February 18, 2023
Difahamkan sebelum kejadian tersebut berlaku, satu lagi kemalangan telah berlaku di jalan yang sama, di mana trak bomba yang dirempuh itu sebenarnya diparkir secara melintang untuk melindungi para petugas semasa menyelamatkan mangsa.
Empat orang anggota di dalam trak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut laporan Associated Press, pihak penyiasat percaya pemandu Model S telah mengaktifkan sistem swapandu dan kejadian tersebut kini sedang disiasat oleh pasukan khas yang dihantar oleh NHTSA.
Sehingga ke hari ini, sebanyak 15 insiden kemalangan dilaporkan melibatkan kereta Tesla dengan sistem pemanduan autonomi diaktifkan.
Sumber: Associated Press