Cubaan potong Q gagal, King Myvi sangkut di tebing

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto oleh m.a7annnn
Semasa musim perayaan, anda pasti bakal berjumpa dengan pelbagai karenah di atas jalan raya yang mampu membuatkan seseorang hilang sabar.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Selaras dengan reputasinya, king Myvi baru-baru ini sekali lagi cuba mempertahankan takhtanya namun gagal akibat hilangnya kesabaran dalam diri seseorang.

Dalam satu video di aplikasi TikTok yang dikongsikan akaun m.a7annnn, ia menunjukkan cubaan sebuah Perodua Myvi yang cuba memotong satu barisan panjang di persimpangan.

Akibat cubaan tersebut, Myvi yang dipandu itu tersangkut di tebing kecil berkenaan, hingga menyebabkan bumper hadapan Myvi itu tercabut.

Dalam video itu, pemandu tersebut mencuba untuk kedepan dan kebelakang bagi mengeluarkan Myvi tersebut namun gagal hingga menyebabkan kerosakan.

Di ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai pendapat, ada yang mengutuk, ada juga yang bersimpati kerana beranggapan pemandu tersebut memilik urusan kecemasan.

 

@m.a7annnn king problem 🤣 orang lain boleh je ikut que . part 2 menyusul 🤣 #myvi #fyp #setiuterengganu #fypage ♬ Stars - Radio Edit - Ahzee

 

Sumber: Vocket

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beberapa tempoh lalu, Perodua Myvi telah jatuh ketangga kedua apabila Perodua Bezza merampas…
Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…