Pelancaran model SUV coupe GLC 300 4MATIC Coupe ini merupakan pelengkap kepada penawaran SUV GLC 300 yang telah dilancarkan sebelum ini.
Ia masih lagi mengekalkan spesifikasi yang sama, seperti enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang dibantu dengan sistem hibrid ringan 48 voltan berkuasa 17 kW/205 Nm dan sistem pacuan semua roda 4MATIC.
Secara keseluruhan, GLC 300 4MATIC Coupe mampu menghasilkan 258 hp dan daya kilas 400 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j hanya memakan masa 6.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 246 km/j.
Secara standard, GLC Coupe ini didatangkan dengan rim AMG bersaiz 20 inci, kemasan arka roda mengikut warna badan, sistem brek yang lebih besar, sistem pencahayaan DIGITAL LIGHT, serta struktur jeriji yang menampilkan bintang ikonik Mercedes-Benz.
Ruang kabin GLC Coupe dilengkapi dengan roda stereng sport AMG Line, kemasan kulit ARTICO, skrin kluster digital 12.3 inci, diikuti skrin tengah 11.9 inci, tempat duduk balutan kulit ARTICO, kawalan iklim automatik, Boot Comfort Package, KEYLESS-GO dan EASY PACK tailgate.
Sama seperti model-model Mercedes-Benz yang lain, GLC 300 Coupe 4MATIC dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti PRE-SAFE, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, GUARD 360 °, dan Active Parking Assist.
Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC Coupe ini dijual pada harga bermula dari RM469,888.