Perkara itu disuarakan sendiri oleh presiden kilang hidrogen Toyota, Mitsumasa Yamagata dalam satu temubual bersama laman Drive AU baru-baru ini.
Jelasnya lagi, kelebihan yang ada pada teknologi enjin berkuasa hidrogen itu boleh digunakan pada kenderaan besar yang dikhususkan untuk menunda dan membawa muatan berat.
Toyota baru-baru ini memperlihatkan model prototaip minivan Hiace yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman berkuasa hidrogen.
Enjin 3.4 liter turbo berkembar bentangan V6 itu dikatakan hanya mampu menjana kuasa setinggi 161 hp dan 354 Nm, kurang bertenaga jika dibandingkan dengan talaan asal berkuasa 409 hp dan 650 Nm seperti yang wujud pada Land Cruiser 300 Series.
Sama seperti Mirai, Hydrogen Hiace juga turut menggunapakai tiga tangki simpanan hidrogen, namun hanya mampu menawarkan jarak gerak sejauh 200 km sahaja.
Sumber: Drive AU