Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu dijangka akan mendirikan sekurang-kurangnya 1,000 stesen pengecasan dan kira-kira 7,000 tiang pengecasan menjelang akhir 2026.
Stesen pengecasan pertama bakal dibuka pada tahun 2024 di beberapa rantau utama pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di sana.
Menariknya, jaringan pengecasan ini boleh diakses oleh semua pemilik kenderaan elektrik.
Sementara pemilik model EV Mercedes-Benz dan BMW pula dijangka akan mendapat akses eksklusif termasuklah tempahan slot dalam talian.
Perincian berkenaan spesifikasi pengecas yang akan digunakan masih lagi dirahsiakan, namun pihak berkenaan mengesahkan mereka akan menggunakan teknologi pengecasan termaju untuk setiap stesen yang didirikan.
Sumber: SCMP