Lebih tepat lagi, mereka memandu sebuah Nissan Ariya EV dan menurut rekod pasangan itu telah bergerak sejauh lebih dari 30,000 km!
Mereka merancang untuk melakukan pengembaraan tersebut pada tahun 2017, selepas menamatkan perjalanan sejauh 10,000 km di dalam Nissan LEAF.
Untuk perjalanan kali ini, sebuah Nissan Ariya telah digunakan, dan telah diubahsuai secara ekstrem termasuklah memadankan sistem gantungan yang lebih tinggi, serta tayar BF Goodrich 39 inci yang agak besar dan lebar itu.
Tiada sebarang pengubahsuaian dibuat terhadap sistem pacuan atau bateri, dan menurut Ramsey, "selagi tempat destinasi mempunyai bekalan elektrik dan soket kuasa yang bersesuaian, kami boleh gunakannya untuk mengecas.
Selain daripada itu, pasangan itu juga tidak bergantung sepenuhnya pada sumber bekalan kuasa.
Sebaliknya, mereka juga turut memasang panel solar dan turbin angin yang boleh dilipat untuk tujuan pengecasan apabila berada di pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada elektrik.