Bagi mereka yang duduk di kawasan pedalaman dan mengalami masalah akses kepada internet, mereka boleh melakukannya secara manual di pejabat daerah/penghulu/MPKK/PBT, Pusat Ekonomi Digital atau Pusat Internet Desa.
Menurut kementerian itu, pendaftaran tidak diwajibkan, namun ia menggalakkan rakyat berbuat demikian bagi memastikan rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan seperti subsidi bersasar tidak terlepas pandang.
Sebaik sahaja sistem itu dilancarkan, ia akan bertindak sebagai pangkalan data nasional bagi maklumat sosio-ekonomi untuk setiap isi rumah dalam negara, menyediakan analitik tetap dengan maklumat data komprehensif yang dikemas kini dalam "dekat masa nyata".
Pembangunan PADU bertujuan untuk membolehkan penggubalan dasar dan membuat keputusan berasaskan data, di samping membolehkan pelaksanaan dasar yang disasarkan.
Sistem itu telah dibangunkan sejak Jun tahun ini, dan akan menyaksikan integrasi dengan MyDigital ID, sistem pengenalan digital negara di kemudian hari.
Peralihan kepada sistem yang disasarkan dijangka mengurangkan perbelanjaan subsidi petroleum dan diesel sebanyak 17.5 peratus tahun depan, menurut Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli.