Beliau kini memiliki mempunyai Dodge Charger yang diubah suai menjadi trak pikap oleh Smyth Performance, perkara ini seolah memberi bayangan pikap UTE Ranchero bakal kembali.
Sejak tahun 1957 hingga 1979, Ford pernah mengeluarkan pikap utiliti coupe atau UTE dengan nama Ranchero.
Namun, Ranchero hanya bertahan sehingga generasi ketujuh sebelum menamatkan pengeluarannya walaupun nama Ranchero itu wujud sehingga awal 1990-an di Amerika Selatan.
Walaupun hingga kini Ford tiada perancangan untuk membawa kembali nama Ranchero tersebut, namun ia tidak menghalang untuk pereka itu mencipta bagaimana jika Ranchero di modenkan melalui gambaran ilustrasi.
Ford juga yang kini lebih gemar menggunakan nama Mustang untuk kenderaan baharu terutamanya dengan Mustang Mach-E, maka penghasilan model Ranchero itu akan berasaskan Mustang juga.
Melalui gambaran tersebut, gerbang roda (wheel arch) diberi sentuhan yang agresif dan bonnet bahagian tengah ditonjolkan.
Bahagian belakang yang diubahsuai sudah tentu menepati karakter asli pikap UTE dimana kabin Mustang dibelah menjadi ruang lapang di bahagian tersebut.
Yang buat ia lebih menarik, model ini mempunyai spoiler belakang dan membuat pikap UTE ni lebih sporty dengan karatker Mustang.
SUMBER : Carscoops