Berdasarkan data daripada China Passenger Car Association, negara tersebut dianggarkan telah mengeksport 5.26 juta kenderaan tahun lepas, merangkumi kenderaan penumpang, trak dan juga bas.
Sebagai perbandingan, Jepun telah mengeksport sebanyak 4.3 juta kenderaan untuk tempoh yang sama.
Menurut Auto News lagi, kemunculan pasaran baharu seperti Rusia dan Mexico turut menyumbang kepada pertumbuhan eksport China.
Seperti yang dijangka, sebahagian besar daripada angka eskport tersebut disumbangkan oleh BYD, di mana pengeluar itu telah mencapai angka jualan sebanyak 3,024,417 unit sepanjang tahun 2023.
Pencapaian itu sekaligus melayakkan BYD untuk duduk di dalam kelompok 10 pengeluar utama di dunia.
Daripada angka 3.02 juta kenderaan yang telah dijual, 1.57 juta unit terdiri daripada kenderaan elektrik bateri (BEV), malah BYD turut memintas Tesla sebagai pendahulu di dalam jualan EV pada suku keempat 2023 (Q4 2023).
Sumber: Auto News