Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan di laman media sosial X, Elon Musk menjelaskan proses untuk menjadikan Cybertruck sah digunakan di atas jalan raya China mungkin akan menjadi sangat kompleks, dan sukar untuk dijual di sana.
Getting Cybertruck road legal in China would be very difficult, but we could ship some prototypes over for display
— Elon Musk (@elonmusk) January 14, 2024
Ini bermakna, Tesla Cybertruck hanya mungkin akan muncul di China sebagai unit pameran semata-mata.
Elon Musk dalam jawapannya di X tidak mendedahkan sebab sebenar kenapa Cybertruck sukar untuk dijual di pasaran China.
Namun, Tesla sebelum ini mengakui peraturan keselamatan pejalan kaki yang diguna pakai di Eropah mampu menjadi aral melintang bagi pengeluar itu menawarkan Cybertruck di sana.